Sabtu, 19 April 2014

JEMPUT JEMPUT TAUHU + UDANG

As salam dan salam satu malaysia semua... ok hari ni aku nak kongsikan resepi aku petang semalam...alah jejemput tauhu udang je pun mgkn ada sesetengah org nak kata alah setakat jejemput je pun.. ha ah aku tak kesah pun tapi aku tetap nak kongsi gak dlm blog aku ni. Ok kat bawah ni adalah antara bahan bahan yg aku gunakan untuk buat jejemput tauhu + udang ;

Bahan-bahannye adalah :

10 keping tauhu
1 biji bwg besar
2 tangkai cili merah
2 tangkai cili hijau
segenggam udang hidup
4 senduk tepung gandum
1 biji telur
daun sup dan daun bawang
dan sedikit garam

bahan bahannye semua hiris je ok... hah pastu campurkan dalam tauhu yg dah dilenyek dan dicampurkan dgn telur dan tepung dan last sekali di gorengkan, mudah je...

ini rupa bila dah dicampurkan semua bahan dan tauhu yg dah dilenyekkan pakai tangan je


ok ni dia jejemput tauhu udang yg dah siap di goreng dan sedap pula di makan



Ok kepada sesiapa yg nak mencuba silakan ye. Ok cukup sampai sini dulu ye.


Assalamualaikum.



Sabtu, 12 April 2014

JALAN JALAN UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE

As salam dn salam 1 Malaysia semua... kali ni aku nk cerita bercuti di USS pd akhir tahun 2012 masa tu aku pg dgn hubby dn dua org anakku. Actually ni kali ketiga aku ke sana pd aku oklh USS ni sbb tu dh 3 x pergi pun rasa tak jemu sebelom ni pg dgn ex officemate time tu aku masih keje lg tapi skrg aku dh jd surirumahtangga sepenuh masa.

Aku pergi ikut pakej rajawali travel senang sikitlah sbb cousin aku kt spore kata kalau kita drive parking mahal kat sana. So aku ajak hubby naik bus je lg ringkas dn senang. Pagi lg kita dah smpai kat tune hotel kene tunggu sana dn naik bas dr sana ramai jgk org yg pergi masa tu kalau tak silap johor ada public holiday kot.

Masa tu anak aku rabbani baru 10 bulan rasanye so bwk stroller dn bag yg boleh sangkut belakang je. Makanan actually tak bole bwk masuk kat sana tapi aku bwk jugak mknn sikit smpn dlm bag dn sampai sana dorang tak cek pun beg sbb dh ramai sgt org nak masuk so tak kan lah dia nak cek satu persatu kot.

Ok ni lah sebahagian gambar2 x yg aku upload untuk tatapan semua.











yg ni kakak kat dlm transformers








Ok stop sini dulu nanti aku tulis cerita yang lain plak ye... sorry lah sbb citer pergi USS ni dah lama tapi baru nak story kat dlm blog aku ni...


Assalamualaikum.





Percutian keluarga di Cameron Highlands pd 24 hingga 26.3.2014 masa cuti sekolah

As salam dan slm satu malaysia... ok pd cuti sekolah bulan Mac 2014 tempoh hari aku dn keluarga telah pergi bercuti ke Cameron Highlands... Ya Allah punyelah seronok dpt pg sana almaklumlah pertama kali pergi mestilah teruja. Kami bertolak pukul 8 lebih pagi dr Jb dan sampai dlm pukul 3 lebih ptg lebih kurang 7 jam perjalanan. Kami ikut Tapah dan alhamdulillah walaupun cuti sekolah tp jln ok je.

Percutian kami di sana 3 hari 2 mlm... kita org stay dekat Chalet Kak Ros... dekat Taman Kg Sedia... kawasan ni mmg perkampungan org islam dn mmg banyak chalet utk org islam. Kat bwh ni gambar gambar chalet yg aku stay tu.


ok yg ini bilik kita org bilik 1 & 2 sangat besar dan luas ok... selesa sangat dlm bilik tak leh tunjuk sbb berserak tak smpt nak amik gmbr masa belom serak... dlm bilik mmg tak de aircond ataupun fan sbb cuaca dia mmg dah sejok...tak pergi negeri omputih pun dah leh rasa dah sejok negara omputih kat cameron ni...hi..hi...hi...





Sebahagian dr bilik bilik di Chalet Kak Ros




Ok yg ini plak gmbr view di belakang chalet... ada dapur terbuka siap boleh BBQ tau dan blkgnye tu ada anak sungai... nyaman SubhanALLAH




me with my forever loves


Kami sarapan pagi kat dapur terbuka belakang sungai, makan nasi lemak Cameron Highlands

hai anak... tgh sarapan pun masih nak ngk upin ipin



anak bertuah ni lah hari pertama sampai di cameron dia telah buat aku sekeluarga terhenti sekejap denyutan jantung... ya Allah hanya Allah saje yg tahu perasaan aku masa tu... kita org tgh sebok sebok cari tmpt duduk dn nak order mkn dia hilang dr pandangan kita org semua...dia pergi belakang di kedai makan paling hujung sekali... kira jauh gak lah dari tmpt kita org tgh sebok order mknn, aku yg perasan rabbani hilang... mak dan hubby lupa dah... aku hubby dan mak aku punyelah takut masa tuh yg mak akunye dah menangis dan aku nye dah terjerit jerit panggil dia... bole dikatakan semua org kat sana tercengang ngk aku... aku dah tak peduli lg dah masa tu nak malu ke apa ke yg penting muhammad rabbani mesti aku jumpa... hubby aku berlari kesana kemari... tp dengan kuasa Allah sdg aku menjerit nama rabbani ada sorang budak lelaki dlm umur 10 ke 11 tahun ckp kat aku... cari budak kecik lelaki pakai baju merah.. dia ada kat belakang sana so budak tu bwk aku kat sana... nmpk je rabbani aku teros peluk dia kuat kuat cium dia dan nangis kat situ jugak... syukur pd Allah anakku rabbani selamat... nilah pengalaman yg paling menakutkan bg aku dn keluarga lps ni kene lebih berhati hati ye liana


kakak yg over bila bergambar



kakak seronok bergambar berlatarbelakang kan pokok pokok kobis di belakang chalet

hi..hi.. aku dgn anakku umar posing jap kat dapur terbuka


with my loves, tapi si abg bani diri jauh je kat blkg tu sbb sebok nak main pistol baru dia yg dibeli di cameron..hi..hi..hi..


hubby dengan rabbani... tgk sungai tuh...almaklumlah rumah kat jb tak de sungai tu yg ada jakun sikit tuh


kakak yg suka berposing


ok yg kat tepi kakak tu adalah kebun stoberi kak ros chalet, tp tak berapa nmpk sangat kot

ok ni lah dia kebun stoberi kat belakang chalet yg aku stay tu...


stoberi dia belom banyak yg masak so tak leh lah petik


jenjalan keliling chalet


kakak dan rabbani 

kat chalet ni pun ada tanam buah terong jgk..hah yg ni kat sebelah bilik aku je kebun dia...ea bkn kebun tapi mcm taman kecik je lah


Masa hari pertama sampai petang tu jugak aku dn family pergi ke pasar malam di Brinchang... biasalah jalan jalan dan cari makan... sebelom tu kita org dh mkn dulu dah kat kedai makan di Tanah Rata... oklah makanan di sana ok ok lah dan harga pun ok jgk lah. Ok berbalik pd cerita pasar mlm Brinchang... kat sana mcm mcm produk stoberi madu dan sayuran segar ada jual... t shirt cameron pun bnyk oh ye teh cameron pun banyak.

Ok di bwh ni aku lampirkan gambar 2x di sekitar pasar malam Brinchang utk tatapan bersama.




Malamnye hari pertama aku anak beranak berjalan dkt pasar malam kat Tanah Rata je sambil bungkus makanan, mak aku tak ikut sebab penat berjln kat pasar mlm Brinchang plus dgn penat perjalanan dr JB ke Cameron yg selama 7 jam dlm kereta... kesian mak aku bengkak kaki dia.

Ok pd hari kedua aku suami dan anak anak je yg keluar berjalan sbb mak aku malas dan penat tak hilang lagi... jd aku keluar dulu carikan mak aku makanan utk lunch sbb mesti lah kita org akan balik lmbt punye sbb dah mcm mcm tmpt yg kita org dah set dlm otak utk pergi pd hari kedua tu. Lepas belikan mak aku lunck kita org pun mulakan perjalanan jelajah cameron...

First place yg kita pergi adalah Lavender Garden... ok tmpt ni bnyk kpd bunga bungaan dan ada jgk taman stoberi penat jugak jln kat sini tapi enjoy. So kat bawah ni aku lmprkn gambr semasa jelajah Lavender Garden tu.

my happy family forever dunia akhirat till jannah...Aaamiinnn



antara bunga bunga yg ada di lavender garden nih... mmg cantik pemandangan kat dalam taman ni








ini bunga lavender

my dear rabbani

yg ni kat kebun stoberi yg ada dlm lavender garden tuh... tapi aku tak petik pun sbb dah beli banyak dah stoberi kat pasar mlm brinchang masa hari pertama sampai dn dah mkn pun stoberi cecah cokelat tuh



apa fesyen agaknye yg si penjual pokok tu pakai ek...




ada gak jual stoberi kat sini


Ok lepas ke Lavender Garden aku anak beranak pergi jenjalan kat Bee Farm... dan lps tu kita org ke Ladang Teh Boh Sungei Palas... tmpt ni mashaAllah mmg cantik tp penat sebab nak menapak dr bwh naik ke atas bukit tuh... dia tutup jln naik atas sbb musim cuti sekolah nanti parking full... so aku anak beranak gagahi diri menapaklah ke atas tapi berbaloi sbb pemandangan ladang teh dia mmg cantik Ya Allah cantik sungguh mmg tak tipulah. Ok ni gambr 2x yg smpt di snap masa di atas ladang teh boh tu.


yg ni plak kedai kedai yg jual bermacam ole ole cameron... kedai ni dkt kawasan bee farm




perghhh ni lah yg penat ni menapak berpeluh nak ke ladang boh, tp penat mcm mana pun ianye berbaloi baloi sbb cantik sgt ciptaan Allah ni

anak anakku di celah celah pokok teh





mkn, minum relaks amik udara segar dn pemandangan yg SUBHANALLAH cantik sungguh di atas ladang teh boh ni... 


tgh potong skon nak letak krim dan jem stoberi, bynk info dr blogger yg aku baca diaorg kata kalau pegi  cameron mesti try skon ni, so aku pun tak melepaskan peluang tuk merasa, rasanye ok lah sedap gak tapi aku tak minat sngt manis manis ni 



hah ni lah dia rupa skon tuh, rasa dia lemak lemak dan manis bila di letak jam












Kat ladang boh ni aku tak beli apa apalah cuma menikmati scon dn minum serta melihat pemandangan yg indah dan bergambar je... sbb teh boh ni kat jb pun ada jual hi...hi...

Oklah lepas tu kita terus balik chalet sebab dah penat sangat dan mlm kita keluar mkn steamboat sbb org kata lau pg cameron try lah makan steamboat cameron, aku pun try lah mlm tuh ok lah mmg tak sama mcm jb sbb bahan bahan kita pilih sendiri tapi kat sini dia dah sediakan semua sekali bahan serta nasi goreng dn jugak air.

Keesokannye kami bertolak balik ke jb dlm pukul 11.00 lebih pagi tu pun anak anakku rabbani dan umar demam plak actually mlm yg hari kedua tu anakku rabbani mmg dah demam tp nasib baik masa nak pergi tu aku dah siapkan semua ubat ubatan utk anak anakku utk standby.

Tapi sebelom keluar dr cameron hubby aku sempat lg singgah ke ladang teh Cameron Valley... sbb masa hari kedua tu kita org tak sempat nak singgah so sebelom balik kami singgah lah kejap tapi aku tak turun sbb anak anankku dah demam so inilah antara gambar yg sempat hubby aku snap





Ok lah sampai sini dulu cerita aku kali ni nanti aku share cerita yang lain plak ye... cuma aku nak ckp Cameron Highlands tempat dia mmg cantik indah nyaman sejuk... kalau ada rezeki nak return sana lagi best...best...best...sangat sangat.

Assalamualaikum.