Sabtu, 19 April 2014

JEMPUT JEMPUT TAUHU + UDANG

As salam dan salam satu malaysia semua... ok hari ni aku nak kongsikan resepi aku petang semalam...alah jejemput tauhu udang je pun mgkn ada sesetengah org nak kata alah setakat jejemput je pun.. ha ah aku tak kesah pun tapi aku tetap nak kongsi gak dlm blog aku ni. Ok kat bawah ni adalah antara bahan bahan yg aku gunakan untuk buat jejemput tauhu + udang ;

Bahan-bahannye adalah :

10 keping tauhu
1 biji bwg besar
2 tangkai cili merah
2 tangkai cili hijau
segenggam udang hidup
4 senduk tepung gandum
1 biji telur
daun sup dan daun bawang
dan sedikit garam

bahan bahannye semua hiris je ok... hah pastu campurkan dalam tauhu yg dah dilenyek dan dicampurkan dgn telur dan tepung dan last sekali di gorengkan, mudah je...

ini rupa bila dah dicampurkan semua bahan dan tauhu yg dah dilenyekkan pakai tangan je


ok ni dia jejemput tauhu udang yg dah siap di goreng dan sedap pula di makan



Ok kepada sesiapa yg nak mencuba silakan ye. Ok cukup sampai sini dulu ye.


Assalamualaikum.



Tiada ulasan: